NENEK ALIFF SYUKRI KEMBALI KE RAHMATULLAH – AL-FATIHAH

NENEK ALIFF SYUKRI KEMBALI KE RAHMATULLAH – AL-FATIHAH

Takziah kami ucapkan kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri atas kehilangan nenek tersayang yang menghembuskan nafas terakhir jam 2 pagi hari ini. Lebih sedih lagi, Aliff memberitahu neneknya meninggal dunia di dalam kereta yang sedang dipandunya.

Kehilangan orang tersayang boleh diumpamakan seperti kehilangan separuh jiwa dan itulah yang dirasai Aliff Syukri. Berita tersebut dikongsikan Aliff enerusi di akaun Instagramnya, Aliff memaklumkan nenek kesayangannya telah meninggal dunia.

“Al-Fatihah… Ibu, nenek dan buah hatiku… Video ini telah saya posting di IG Story dan ingin saya simpan supaya tak hilang untuk dikenang. Saya terlalu gembira ketika petang tadi (semalam) sebabnya nenek dibenarkan pulang oleh hospital KPJ.





“Selepas 7-8jam nenek telah meninggalkan kami semua. Dalam kereta yang dipandu saya ketika jam 2 pagi… Doakan nenek saya di tempatkan dalam orang yang beriman. Al-Fatihah… Kri sayang nenek smpai syurga,” tulisnya.

Dalam entri lain pula, Aliff telah memuat naik coretan menyentuh jiwa di mana dia telah meluahkan isi hatinya di atas pemergian nenek yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri. Aliff juga menyatakan buat masa ini agak sukar untuk dirinya menerima kenyataan bahawa neneknya sudah pergi menghadap Ilahi.

“Perjalanan yang paling menyedihkan… Ketika ini duit tak mampu beli nyawa nenek walapun mak @bondarozitaibrahim dah habis ratusan ribu dan saya dah iktiar semampunya saya. Akhirnya nenek ku pergi buat selama-lamanya… Kri akan sentiasa rindukan nenek… Tidak lekang mendoakan Kri berjaya walapun ketika Kri berniaga di pasar di tepi jalan.

“Nenek selalu cakap “cucu nenek hebat”… Nenek yang menjaga saya ketika kecil yang saya anggap macam ibu kandung saya sendiri. Nenek yang sentiasa berada di sebelah saya tatkala saya mempunyai masalah dengan musuh perniagaan atau personal. Nenek yang mempertahan perkawinan saya, nenek yang sweet tempat saya bermanja. Saya dah tiada sesiapa tempat saya nak bermanja.

“Saya tak pernah rasa dia nenek saya. Saya rasa dia ibu saya, mungkin sebab terlalu rapat walapun dah kawin saya masih tidur dengan dia. Saya cium dia, saya masakkan dia, saya bawa dia berjalan-jalan walapun dia dah lama lumpuh. Sukar untuk saya luahkan perasaan saya ketika ini yang masih tidak boleh terima hakikat nenek meninggal dunia dengan kereta ini.





“Saya ambil beliau daripada hospital dengan keadaan yang sehat dengan kereta ini juga saya hantar beliau untuk urusan pengkebumian nenek yang tiada ganti. Saya mohon untuk bacakan Al-Fatihah semoga roh nenek saya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…” coretnya.

NENEK ALIFF SYUKRI KEMBALI KE RAHMATULLAH – AL-FATIHAH


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






http://edisisiasat.com/2021/10/04/ifa-raziah-dapat-hadiah-kek-duit-tingkat-dari-suami-berjumlah-rm1000/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker