Perdaya bakal mentua, lelaki direman 4 hari

Perdaya bakal mentua, lelaki direman 4 hari

Perdaya bakal mentua, lelaki direman 4 hari

KOTA BHARU: Lelaki berusia 36 tahun yang ditahan untuk membantu siasatan selepas dipercayai memperdaya seorang imam masjid yang juga bakal mentuanya, direman empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata perintah reman sehingga Rabu ini dilakukan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat serta denda,” katanya kepada BH, hari ini.





Terdahulu, seorang imam masjid didakwa ditipu seorang lelaki berusia 36 tahun yang juga bakal menantunya hingga mengalami kerugian lebih RM50,000 dalam kejadian yang berlaku sejak Jun hingga pertengahan September lalu.

Warga emas berkenaan mengenali lelaki itu pada Jun lalu menerusi anak perempuannya berusia 28 tahun.

Perdaya bakal mentua, lelaki direman 4 hari


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/03/lima-superman-diangkut-ke-balai-kerana-berlumba/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker