PPBM Semakin Retak Dari Dalam

Dalam keghairahan Presiden PPBM, Mahiaddin Md Yasin mengeluarkan kenyataan akan melanggar UMNO dalam PRU 15 yang akan datang, PPBM dilihat semakin rapuh dari dalam.

Ironiknya, pemerhati politik melihat kenyataan Mahiaddin itu sebagai kenyataan yang hanya sedap didengar tetapi tidak mempunyai asas yang kukuh untuk dipercayai.

Keputusan Ketua Bahagian bersama 120 orang ahli PPBM Bahagian Putrajaya menyertai semula UMNO, menambahkan lagi keraguan akan kebenaran kenyataan Mahiaddin itu.

Sebenarnya keretakan PPBM bukan setakat di peringkat bahagian atau cawangan, tetapi oeadaan yang sama berlaku di peringkat pusat.





Hubungan yang dingin antara kem kartel Azmin dan kem Hamzah semakin membarah.

Walau pun pemilihan PPBM hanya akan dilakukan dalam jangka waktu 2 atau 3 tahun lagi, namun kem kedua-dua belah pihak sudah mula mengorak langkah untuk menempatkan diri di dalam barisan kepimpinan utama PPBM.

Kem Azmin menyedari, agak sukar untuk beliau menggugat kedudukan Hamzah kerana beliau kurang mendapat sokongan di peringkat cawangan dan bahagian berbanding Hamzah.

Maklumat dalaman memaklumkan, Azmin bersama kumpulan PKR yang melompat ke PPBM akan keluar dari PPBM untuk membentuk sebuah parti baharu yang akan bergabung di dalam Perikatan Nasional.

Parti itu nanti akan diterajui oleh Azmin dan Zuraida.





Baca di sini:

https://m.malaysiakini.com/news/593870

Bukan setakat itu sahaja, pertembungan juga dikatakan berlaku antara kem Hamzah dan kem Ahmad Faizal Azumu @ Peja.

Hamzah dikatakan berselera untuk mencabar Peja bagi jawatan nombor dua parti.

Keretakan tersebut sudah dapat dihidu oleh beberapa parti di dalam Perikatan Nasional seperti PAS dan Gerakan.





Sudah ada tanda-tanda PAS akan cuba rujuk semula dengan UMNO untuk menghidupkan kembali Muafakat Nasional.

Baca di sini:

http://edisisiasat.com/2021/10/03/pas-sudah-mula-hilang-keyakinan-pada-pn/

Malah, parti yang mesra PPBM seperti MIC dan MCA juga dilihat kini sedang berada di dalam keadaan serba salah kerana UMNO mula menunjukkan sikap yang lebih mesra kepada parti ‘friendly BN’ seperti Makkal Sakti dan PCM.

Walau pun pada zahirnya, PPBM diakui mendominasi Kerajaan Ismail Sabri tetapi hakikatnya kedudukan PPBM ibarat bisul yang sudah masak dan hanya menunggu masa untuk pecah.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker