Ribuan pedofilia dalam kalangan anggota gereja Perancis

Ribuan pedofilia dalam kalangan anggota gereja Perancis
Joseph (kiri), Jean-Rene (tengah) dan Jean-Francois (kanan), yang menjadi mangsa penderaan seksual paderi ketika belajar di sekolah agama Katolik Chavagnes-en-Paillers di Perancis. – Foto AFP

Ribuan pedofilia dalam kalangan anggota gereja Perancis

PARIS: Suruhanjaya bebas menyiasat kes skandal pedofilia di Gereja Katolik Perancis mendapati perkara itu sudah berlaku sejak 1950.

Hasil siasatan turut mendapati sekurang-kurangnya antara 2,900 dan 3,200 paderi atau anggota gereja terbabit dengan kegiatan pedofilia.

Perkara itu didedahkan Ketua Suruhanjaya Bebas itu, Jean-Marc Sauve, beberapa hari sebelum laporan siasatan itu dikeluarkan.

Laporan suruhanjaya itu akan dikeluarkan Selasa ini selepas dua setengah tahun siasatan dilaksanakan berdasarkan maklumat daripada arkib gereja, mahkamah dan polis serta wawancara dengan saksi.





Sauve berkata, laporan 2,500 halaman itu turut disertakan maklumat berkaitan jumlah pesalah membabitkan petugas di gereja serta mangsa kejadian selain turut mengemukakan 45 cadangan.

Turut dilaporkan, ‘mekanisme yang menjadi budaya institusi’ di dalam gereja sehingga memungkinkan pedofilia berterusan berlaku.

Suruhanjaya bebas itu ditubuhkan pada 2018 oleh Gereja Katolik Perancis berikutan beberapa skandal yang menggegarkan Gereja di Perancis dan seluruh dunia.

Suruhanjaya bebas itu dibentuk selepas Paus Francis meluluskan langkah penting mewajibkan mereka yang mengetahui penderaan seks berlaku di Gereja Katolik melaporkannya kepada pihak atasan.

Suruhanjaya itu dianggotai 22 pakar profesional merangkumi bidang undang-undang, doktor, sejarawan, ahli sosiologi dan teologi.





Antara tugas suruhanjaya itu ialah menyiasat tuduhan penderaan seks kanak-kanak oleh mubaligh sejak 1950-an.

Ketika mula ditubuhkan, suruhanjaya itu mendapatkan kenyataan saksi dan mewujudkan talian hotline untuk mengambil aduan awam, yang mana ribuan aduan diterima suruhanjaya itu. – AFP

Ribuan pedofilia dalam kalangan anggota gereja Perancis


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/04/letupan-di-luar-masjid-di-kabul-2-maut/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker