Spurs benam Villa, Nuno lega

Spurs benam Villa, Nuno lega
Pengurus Tottenham, Nuno Espirito Santo mengatakan sesuatu kepada Son Heung-Min ketika aksi menentang Aston Villa di London. – EPA

Spurs benam Villa, Nuno lega

LONDON: Tottenham mengurangkan tekanan terhadap Nuno Espirito Santo apabila gol sendiri Matt Targett memberikan kemenangan 2-1 di laman sendiri berdepan Aston Villa sebentar tadi.

Skuad kendalian Nuno tewas tiga perlawanan terakhir mereka dalam Liga Perdana dan sekali lagi goyah apabila Ollie Watkins menyamakan kedudukan selepas gol pembukaan Pierre-Emile Hojbjerg.

Satu lagi keputusan mengecewakan akan menambah tekanan terhadap Nuno sebelum rehat saingan antarabangsa namun gol Targett mengurangkan ketegangan di Stadium Tottenham Hotspur.

Kekalahan di tangan pesaing utama London, Arsenal dan Chelsea dalam dua perlawanan sebelum ini menimbulkan persoalan mengenai Nuno hanya selepas beberapa bulan mengetuai pasukan.





Bekas bos Wolves itu bukanlah pilihan utama menggantikan Jose Mourinho pada penamat musim lalu dan sudah ada laporan mengatakan pemain Tottenham bosan dengan gaya latihannya.

Walaupun berdepan masalah, kemenangan pertama daripada empat aksi liga yang disajikan dengan persembahan lebih baik akan memberikan Nuno sedikit ruang untuk bernafas dan membuktikan keupayaannya. – AFP

Spurs benam Villa, Nuno lega


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/04/jawatankuasa-siasatan-dalaman-isu-ziyad-bersidang-esok/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker