Taufan Shaheen menghampiri Oman

Taufan Shaheen menghampiri Oman
Wilayah tengah ibu negara Oman, Muscat, mengalami banjir susulan dilanda Taufan Shaheen. – Foto AFP

Taufan Shaheen menghampiri Oman

MUSCAT: Seorang kanak-kanak maut akibat banjir kilat manakala beberapa penerbangan ditangguhkan dan sekolah ditutup ketika taufan tropika Shaheen menghampiri Oman.

Jawatankuasa Pengurusan Kecemasan Nasional Oman menyatakan beberapa orang juga dilaporkan hilang dalam banjir kilat di Al Amarat di wilayah Muscat.

Negara jiran Oman, Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga kini turut berkemungkinan menerima kesan taufan berkenaan.

Taufan dengan kelajuan angin hingga 139 kilometer (km) sejam, yang kini berada kira-kira 65 km dari Muscat, dijangka melanda pantai utara Oman antara jam 6 petang hingga 10 malam waktu tempatan.Menurut Twitter, di Lapangan Terbang Antarabangsa Muscat, beberapa penerbangan masuk dan keluar di lapangan terbang ditangguhkan ‘untuk mengelak risiko’.





Sementara itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam menasihatkan orang ramai mengelakkan diri mereka berada di kawasan yang rendah.

Menurut berita rasmi negara itu, Oman mengisytiharkan cuti umum dua hari pada hari hari ini dan esok manakala semua sekolah ditutup ‘susulan keadaan iklim yang buruk’.

UAE juga kini sedang bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan kesan taufan berkenaan dan pihak berkuasa kecemasan menasihatkan orang ramai untuk menjauhkan diri dari pantai dan kawasan rendah.

Lembaga Pengurusan Krisis dan Bencana Darurat Nasional UAE mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya berjaga-jaga dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan akibat taufan berkenaan. – AFP

Taufan Shaheen menghampiri Oman


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






http://edisisiasat.com/2021/10/04/ribuan-pedofilia-dalam-kalangan-anggota-gereja-perancis/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker