Terbongkar: Kisah Bina Bangunan Gunakan Kepala Manusia Bukan Mitos!!!

Para pakar arkeologi yang menggali bahagian baru menara Aztec terkejut kerana mendapati menara ini dibina dari tengkorak manusia.

Menurut Reauters, menara tengkorak ini dipercayai dibina dari tahun 1400-an dan bertapak di bawah pusat Mexico City.

Tahun lalu pasukan ini berjaya menemui bahagian hadapan dan sisi timur menara tengkorak, serta 119 tengkorak manusia dari lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Jumlah itu telah menambah ratusan tengkorak yang ditemui sebelum ini, menurut Institut Antropologi dan Sejarah Nasional (INAH).





Struktur menara yang berbentuk silinder ini berada di Katedral Metropolitan besar dan dibangun di atas Templo Mayor, salah satu kuil utama ibu kota Aztec Tenochtitlan, yang kini dikenali sebagai Mexico City moden.

Penemuan ini jelas mengejutkan pakar apabila mereka bukan sahaja menemui tengkorak para pejuang lelaki, tetapi terdapat juga tengkorak wanita dan kanak-kanak.

“Kami tidak dapat menyatakan berapa banyak orang-orang ini adalah pejuang, mungkin beberapa yang lain adalah tawanan yang ditakdirkan untuk upacara pengorbanan”.

“Kami tahu mereka semua disucikan”.





“Diubah menjadi hadiah untuk para dewa atau tambahan kepada personifikasi dewa itu sendiri,” kata pakar arkeologi Raul Barrera.

 

Sumber:

thevocket.com





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker