Anak Shah Rukh Khan ditahan dalam serbuan dadah

Anak Shah Rukh Khan ditahan dalam serbuan dadah
Aryan Khan diiringi pegawai penguatkuasa di luar pejabat Biro Kawalan Narkotik (NCB). – Foto AFP

Anak Shah Rukh Khan ditahan dalam serbuan dadah

Aryan Khan, 23, dan tujuh lagi individu ditahan oleh anggota polis dari Biro Kawalan Narkotik (NCB) yang melakukan penyamaran ketika melakukan serbuan di atas Cordelia ketika kapal itu berlayar menuju ke Goa.

Aryan ditahan kerana dipercayai terbabit menggunakan, membeli dan menjual bahan terlarang, kata pegawai polis Vishwa Vijay Singh.

Pegawai NCB mendakwa merampas sejumlah dadah termasuk MDMA, ekstasi, kokain, mephedrone dan ganja daripada suspek yang terdiri daripada dua pengedar dadah dari Delhi dan Haryana.

Seorang Pegawai NCB yang enggan dikenali berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai dakwaan parti dadah dan menghantar pegawai polis menyamar sebagai penumpang kapal yang berlepas pada malam Sabtu itu.





Bagaimanapun, kapal itu dibenarkan meneruskan perjalanan selepas lapan suspek dibawa ke darat.

Shah Rukh Khan, 55, adalah antara bintang paling popular di India dan berjaya mengelakkan daripada kontroversi sepanjang tiga dekad dalam bidang seni. – AGENSI





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker