Idris Haron Takut Hadapi PRN, Gunakan Covid-19 Sebagai Alasan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Idris Haron, dilihat cuba mengelakkan dari berlakunya Pilihanraya Negeri Melaka.

Beliau menyatakan secara peribadi beliau menolak cadangan UMNO yang mahukan PRN diadakan bagi menyelesaikan kemelut politik negeri.

“Jika PRN ingin diadakan, ia membabitkan banyak perkara yang harus kita pertimbangkan kerana kita masih dalam pandemik COVID-19 dan ia menyebabkan risiko lebih tinggi”.

“Ia juga membabitkan kos perbelanjaan yang tinggi”.





“Selain itu, PRU-15 sudah dekat, lebih kurang setahun setengah saja lagi dan kita tidak mahu apa yang berlaku pada PRN Sabah sebelum ini berulang di tempat kita yang menyaksikan jumlah pesakit COVID-19 naik mendadak,” katanya.

Bagaimanapun, Idris menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam sama ada mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau memilih Ketua Menteri yang baharu dalam kalangan pemimpin PH.

Pada pandangan Edisi Edisi Siasat, sekiranya benar Idris memikirkan tentang keselamatan rakyat, penularan Covid-19 dan pembaziran dana rakyat, mengapa perlu dilakukan gerakan untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Melaka?

Bukankah kita hanya perlu menunggu lebih kurang setahun setengah sahaja lagi?





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker