PH Makin Kepanasan Bila DUN Melaka Di Bubarkan

Selepas kecewa bila perubahan Kerajaan Negeri Melaka tidak dapat dilakukan dengan Surat Akuan Bersumpah (SD), kini PH dilihat semakin kepanasan apabila mempertikaikan keabsahan ‘care taker government’.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, menggunakan alasan ketika PH kehilangan kuasa pada Mac 2020, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sehingga Ketua Menteri baharu dilantik.

Namun yang tidak disebut Adly ialah senario yang berlaku pada Mac 2020 adalah berbeza dengan apa yang berlaku pada hari ini.

Mac 2020, peralihan kuasa adalah melalui Surat Akuan Bersumpah (SD) dan DUN tidak dibubarkan.





Namun pada hari ini, DUN sudah pun dibubarkan dan menjadi amalan, apabila DUN dibubarkan, kerajaan atau ketua kerajaan terdahulu akan dilantik untuk mengetuai kerajaan sementara.

Dan mungkin juga Adly terlupa, keadaan yang sama berlaku di pusat di era Dr Mahathir dan Mahiaddin kehilangan majoriti.

Sementara menunggu Perdana Menteri baharu dilantik, Dr Mahathir dan Mahiaddin telah dilantik sebagai Perdana Menteri Interim.

Dan hak melantik Ketua Menteri Interim adalah kuasa prerogatif Yang Di Pertua Negeri Melaka dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Atau Adly mahu mencabar kuasa Yang Di Pertua Negeri Melaka!!!





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker