Piala Dunia 2 tahun sekali atas ‘kehendak komersial’

Piala Dunia 2 tahun sekali atas 'kehendak komersial'
Cadangan FIFA mengadakan Piala Dunia dua tahun sekali mendapat pelbagai reaksi. – Foto ihsan The Herald

Piala Dunia 2 tahun sekali atas ‘kehendak komersial’

PARIS: Persatuan Pemain Profesional Bola Sepak Dunia (FIFPro) menyerang “kekurangan visi holistik” institusi bola sepak termasuk cadangan FIFA untuk menganjurkan Piala Dunia dua tahun sekali dengan berkata ia digerakkan oleh `kehendak komersial’.

“Jelas ada kekurangan visi holistik dan kepimpinan daripada kebanyakan institusi,” kata persatuan berkenaan mengenai cadangan FIFA menganjurkan Piala Dunia dua tahun sekali.

FIFPro berkata demikian menerusi sidang video selepas melihat permintaan pemain profesional, Jonas Baer-Hoffmann meminta diwujudkan “perubahan bersesuaian dan efektif” untuk mengurangkan beban pemain bola sepak dan kecederaan dialami mereka.

“Ia satu tindakan dengan cadangan, sama ada bagus atau buruk buat bola sepak namun hanya dibincangkan secara asas atau dirunding. Ini kerana semuanya dilakukan untuk kehendak komersial dalam setiap kejohanan berbeza.





“Itu sekali gus mengurangkan peluang kami untuk melakukan perubahan bersesuaian dan efektif.

Kami cuba membezakan antara perbincangan mengenai kalendar dan kejohanan. Ini adalah dua perbincangan berbeza.”

Perdebatan mengenai kalendar antarabangsa dan Piala Dunia dua tahun sekali dicetuskan sejak kebelakangan ini oleh bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang juga ketua pembangunan bola sepak global FIFA.

– AFP

Piala Dunia 2 tahun sekali atas ‘kehendak komersial’

 






​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/05/pemborong-halia-rugi-rm139500-terperdaya-panggilan-palsu/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker