Sukar bercakap, sakit dada, Caprice masuk hospital
Sukar bercakap, sakit dada, Caprice masuk hospital
PETALING JAYA: Penyanyi rap dan usahawan, Caprice dikejarkan ke hospital selepas tiba-tiba sukar untuk bercakap seakan-akan mengalami serangan jantung dan separuh badannya seperti diserang angin ahmar.
Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, berkata, ini adalah pertama kali kesakitan yang dialaminya itu berlaku.
“Saya bangun pagi tadi secara tiba-tiba sakit dada. Sakit yang berbeza ketika saya kena di Jordan dan Kuala Lumpur sebelum ini.
“Agak lama juga, separuh daripada badan saya seperti terkena serangan angin ahmar dan jantung. Saya jadi panik dan terus menghubungi ambulans.
“Saya sedar saya tak boleh bercakap dengan betul dan ia sangat menakutkan. Alhamdulillah, mereka sampai tepat pada waktunya,” katanya di Instagram.
Caprice berkata, hasil ujian darah doktor mengesahkan beliau menghidapi penyakit hipertiroid yang menyebabkannya sukar tidur dan sesak nafas.
“Hasil ujian darah doktor sahkan saya mempunyai penyakit hipertiroid. Patutlah selama ini susah nak tidur, ‘anxienty’ dan sesak nafas.
“Saya tak boleh lama berada di sini (hospital). Terlalu banyak kerja. Harap saya tak lama dekat sini,” katanya.
Sukar bercakap, sakit dada, Caprice masuk hospital
Disyorkan Untuk Anda :
- IDRIS HARON KETUAI 4 ADUN MELOMPAT KE PAKATAN HARAPAN (VIDEO SIDANG MEDIA)
- PATUHI UNDANG UNDANG JALANRAYA BILA BERHENTI DI LALUAN KECEMASAN (JANGAN TONTON VIDEO JIKA TIDAK KUAT)
- KARTUNIS HINA NABI MUHAMMAD SAW MATI DALAM KEMALANGAN NGERI
- KISAH BINA BANGUNAN GUNAKAN KEPALA MANUSIA BUKAN MITOS!!!
Lawati Laman Facebook Kami
http://edisisiasat.com/2021/10/05/facebook-whatsapp-and-instagram-back-online/