Tok Mat Hasan: Dah Dekat Musim Hujan Ni, Harga Katak Mahal

Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad Hasan @ Tok Mat Hasan, menyatakan kebimbangan beliau sekiranya berlaku gelombang memulaukan pilihanraya di kalangan pengundi pada PRU 15 nanti.

Ini adalah berikutan sikap rakus politikus yang mengkhianati mandat rakyat dengan mengamalkan perbuatan melompat parti demi kepentingan peribadi.

Sehubungan itu, Tok Mat Hasan menggesa kerajaan sekarang supaya menyegerakan pembentangan dan kelulusan Akta Anti Lompat Parti bagi menghentikan sikap tidak bermoral itu.

Menurut Tok Mat Hasan, sekiranya Akta itu tidak dikuatkuasakan, perbuatan tidak bermoral itu akan berpanjangan dan tidak akan ada kesudahan.

Ini akan menyebabkan negara mengalami krisis politik yang berpanjangan.





“Nak musim hujan ni, harga katak mahal,” sindir Tok Mat Hasan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker