3 Wanita Di Tahan Kerana Menipu Bapa Sendiri Kononnya Di Culik Untuk Dapatkan Wang

Tiga beradik sengaja membuat panggilan palsu terhadap bapanya yang menyatakan mereka diculik dan perlu mendapatkan sejumlah wang tebusan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, dalam kejadian itu, tiga wanita berusia antara 25 hingga 32 tahun itu membuat panggilan telefon kepada bapanya mengatakan kononnya mereka dikurung.

Bimbang dengan keselamatan ketiga-tiga anak perempuannya, mangsa (bapa ketiga-tiga suspek), 66 tahun, segera membuat laporan polis berhubung kejadian menimpa anaknya.

“Menurut mangsa, melalui panggilan telefon, anaknya memaklumkan bapa mereka perlu menyediakan sejumlah wang jika mahu dilepaskan”.





Zaharudin berkata, pada 8.30 malam tadi, polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menahan tiga suspek di dua lokasi berasingan.

Beliau berkata, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek bersubahat mereka cerita palsu bahawa mereka dikurung bagi mendapatkan wang daripada bapanya.

Ketiga-tiga suspek berkenaan kini direman bermula hari ini hingga Khamis mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker