Adli juara UBO Inter Continental di Jakarta

Adli juara UBO Inter Continental di Jakarta
Petinju profesional negara, Adli Hafidz Mohd Pauzi meraikan kejayaan merangkul gelaran UBO Inter Continental 2021 di Jakarta. – Foto ihsan Adli Hafidz Mohd Pauzi.

Adli juara UBO Inter Continental di Jakarta

KUALA LUMPUR: Petinju profesional negara, Adli Hafidz Mohd Pauzi menyifatkan pengorbanan yang dilakukannya selama ini berbaloi selepas berjaya merangkul gelaran UBO Inter Continental 2021 di Jakarta, hari ini.

Kejayaan itu hadir selepas pentinju yang diberi julukan ‘Goldenboy’ itu menumbangkan wakil tuan rumah, Robert Kopa dengan pukulan TKO di pusingan kedua.

Katanya, ia bukan perlawanan yang mudah dan terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran sebelum dapat menjulang tali pinggang kejuaraan.

“Perasaan rasa gembira dan juga sebak. Sebak sebab banyak perngobanan dilakukan, hendak sampai ke sini (Jakarta).





“Banyak kali perlawanan ini ditangguh selepas itu ada cabaran lain saya terpaksa lalui termasuk tinggalkan keluarga selama sebulan dan akhirnya pengorbanan ini dibalas dengan membawa pulang tali pinggang kejuaraan ke Malaysia,” katanya.

Petinju kelahiran Johor itu juga mengakui berdepan cabaran getir ketika turun gelanggang walaupun tanpa kehadiran penonton.

“Beraksi di tempat lawan sangat mencabar walaupun tanpa kehadiran penonton tapi ‘orang-orang’ di sekeliling gelanggang cuba melakukan provokasi selepas mendapat tahu saya dari Malaysia.

“Bagaimanapun, saya ambil perkara itu sebagai cabaran bagi buat yang terbaik. Selepas saya menang mereka pula bersorak untuk saya, itulah psikologi di dalam sukan,” katanya yang kali terakhir merangkul gelaran WBA Asia South 2019 di Singapura.

Dia yang bertugas sebagai penguatkuasa Kastam akan berehat selama seminggu atau dua minggu sebelum menyambung semula latihan kerana mempunyai misi penting iaitu memburu kejuaraan dunia UBO Disember ini.





Adli juara UBO Inter Continental di Jakarta

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker