Adly Biadap Pertikai Keputusan TYT Melaka!!!

Belum lagi berjaya kembali memerintah, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, sudah menunjukkan sikap biadap apabila mempertikaikan kuasa TYT Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, yang membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka.

Adly berkata sepatutnya Tun Mohd Ali mendengar pandangan daripada majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta empat yang tidak menyokong kerajaan, sebelum membuat sebarang pertimbangan mengenai perkara itu.

“TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka juga sewajarnya tidak bertindak terburu-buru membubarkan DUN sebelum mendengar pandangan majoriti ADUN yang tidak lagi bersama dengan pihak kerajaan,” katanya pada sidang medianya.

Apakah kerana kecewa kerana keputusan TYT Melaka tidak menepati kehendak beliau maka beliau menuduh TYT Melaka bertindak terburu-buru?





Apakah Adly lupa, Tun Mohd Ali lebih awal dan lebih lama menjadi Ketua Menteri Melaka berbanding beliau yang hanya menjadi Ketua Menteri Melaka tidak sampai setengah penggal?

Apakah Adly tidak tahu, mempertikaikan keputusan TYT Melaka adalah sama seperti mempertikaikan keputusan DYMM SPB YDP Agong?

Bagi Edisi Siasat, sikap yang ditunjukkan oleh Adly langsung tidak mencerminkan sifat seorang pemimpin yang mesti dihormati.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker