Arul kecewa anak buah tewas kepada Ireland

Arul kecewa anak buah tewas kepada Ireland
Arulselvaraj(duduk tengah) berbincang dengan pemainnya ketika aksi menentang Ireland Utara di Lisnagarvey Hockey Club, UK, semalam. – Foto ihsan Facebook Malaysian Hockey Federation.

Arul kecewa anak buah tewas kepada Ireland

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, A Arulselvaraj percaya anak buahnya sepatutnya mampu melakar kemenangan sebelum tewas 2-3 di tangan Ireland dalam perlawanan ujian di Lisnagarvey Hockey Club, United Kingdom (UK) awal pagi tadi.

Katanya, barisan pemain seharusnya memanfaatkan setiap pukulan sudut penalti yang diperoleh selain perlu bertahan dengan lebih baik di dalam kawasan sendiri.

“Saya agak kecewa sedikit dengan keputusan akhir 2-3 kerana kami mengawal permainan dengan baik dan kami dihadiahkan dengan lima pukulan sudut penalti berbanding Ireland yang hanya mendapat satu pukulan sudut penalti.

“Dari segi peluang untuk menjaringkan gol juga kami mempunyai lebih banyak peluang berbanding Ireland dan kekurangan hari ini adalah dari segi kami bertahan juga kekuatan untuk mengendalikan bola dalam kawasan kami sendiri.





“Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada pemain-pemain yang bangkit untuk menyamakan kedudukan 2-2, dan cara mereka bangkit untuk mendapatkan dua gol itu harus diberikan pujian”, katanya.

Dua gol yang dihasilkan oleh skuad Malaysian Tigers bermula pada minit-minit akhir suku ketiga menerusi gol padang penyerang muda negara, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal Muhammad Razie Abd Rahim menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-52.

Ireland terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit kedua menerusi gol padang dijaringkan Sam Hyland sebelum Conor Empey meledak gol padang kedua pada minit kelapan.

Tiga minit sebelum tamat perlawanan, Empey sekali lagi mencatat nama selaku penjaring kali ini menerusi pukulan sudut penalti bagi memastikan kemenangan menjadi milik Ireland.

Arul kecewa anak buah tewas kepada Ireland

​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






http://edisisiasat.com/2021/10/06/adli-juara-ubo-inter-continental-di-jakarta/

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker