Jenayah: Lelaki Mabuk Rogol Dan Bunuh Nenek 74 Tahun

Suara.com melaporkan, seorang lelaki mabuk merogol dan membunuh seorang wanita warga emas berusia 74 tahun.

Suspek yang hanya dikenali sebagai ARH, 35, melakukan jenayah tersebut di rumah mangsa ketika dalam keadaan mabuk.

Pegawai penyiasat dari Unit Siasatan Jenayah Polis Samosir, Asisten Komisioner Polis Suhartono memaklumkan, suspek telah pergi ke rumah mangsa selepas meminum arak.

Mangsa yang sedang tidur membuka pintu rumahnya dan menyuruh suspek yang merupakan rakan kepada salah seorang ahli keluarganya tidur di rumahnya sementara dia kembali tidur di dalam biliknya.





Kira-kira pukul 1 pagi, suspek secara tiba-tiba masuk ke dalam bilik mangsa dengan memanjat dinding dan cuba memperkosa mangsa.

Mangsa yang cuba melawan kemudiannya dicekik oleh suspek sehingga meninggal dunia.

“Ketika menyedari bahawa mangsa telah meninggal dunia, suspek bertindak merogol mayatnya dan menyambung tidur sebelum keluar dari rumah itu sekitar pukul 6 pagi,” kata Suhartono.

“Suspek ditangkap ketika ingin melarikan diri beberapa jam selepas kejadian,” kata Suhartono.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun atas kesalahan membunuh.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker