Kabul Bakal Bergelap Kerana Taliban Tidak Mampu Bayar Bil Elektrik

The Pakistan Daily melaporkan, Kabul bakal bergelap kerana Kerajaan Taliban masih belum membayar tunggakan kepada beberapa syarikat asing.

Bekas Ketua Eksekutif syarikat tenaga Afghanistan, Daud Noorzai mendedahkan perkara berkenaan.

Bekas Ketua Eksekutif Da Afghanistan Breshna Sherkat (DABS) itu juga memberi amaran situasi itu boleh mencetuskan bencana kemanusiaan.

“Blackout akan berlaku dan ia akan menjadikan Afghanistan kembali ke ‘zaman gelap’ dari segi tenaga dan telekomunikasi”.





Sejak Afghanistan jatuh ke tangan Taliban pada Ogos lalu, mereka juga mengambil alih DABS termasuk hutangnya.

Kira-kira 70 peratus bekalan elektrik Afghanistan datang dari luar negara.

Negara-negara jiran seperti Uzbekistan, Tajikistan dan Turkmenistan menyumbang separuh daripada penggunaan tenaga elektrik di negara itu.

 

Sumber: Agensi Press





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker