Mancini mahu kekal rekod tanpa kalah

Mancini mahu kekal rekod tanpa kalah
Jurulatih Itali, Roberto Mancini (dua dari kanan) melihat latihan pasukannya di San Siro dekat Milan menjelang pertemuan dengan Sepanyol. – AFP

Mancini mahu kekal rekod tanpa kalah

MILAN: Roberto Mancini berkata semalam dia mahu Itali mengekalkan rekod tanpa kalah mereka hingga Piala Dunia tahun depan ketika dia mempersiapkan pasukan bagi separuh akhir Liga Negara-Negara berdepan Sepanyol.

Pertembungan awal pagi esok di San Siro akan menjadi ujian terbesar rekod 37 perlawanan tanpa kalah Itali sejak mereka menang Euro 2020 musim panas lalu.

Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique berkata selepas mengumumkan barisan pemainnya bahawa setiap perlawanan membawa Itali “semakin hampir kepada kekalahan” tetapi Mancini berharap pasukannya mampu bertahan hingga Piala Dunia Qatar dan lebih daripada itu.

“Kami kini 37 perlawanan tanpa kalah tetapi kami mahu meneruskannya untuk tempoh yang lama. Ia terpulang kepada kami dan bagaimana kami bermain dalam perlawanan akan datang. Kami tahu kami sebuah pasukan yang bagus tetapi perlu terus bekerja keras untuk menang,” kata Manci





“Benar kata Luis Enrique, lama-kelamaan (kekalahan) akan terjadi, ia mengenai persoalan matematik. Kami harap akan dapat teruskan hingga Disember 2022, tapi saya tidak rasa ia akan menjadi sesuatu yang mudah.”

Perlawanan pembukaan empat terakhir yang akan diadakan di Milan dan Turin itu adalah ulangan separuh akhir antara Itali dan Sepanyol pada Euro yang menyaksikan Azzurri menang menerusi penalti. – AFP

Mancini mahu kekal rekod tanpa kalah


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/06/lahm-bantah-piala-dunia-dua-tahun-sekali/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker