Perancis mahu padam memori buruk Euro

Perancis mahu padam memori buruk Euro
Ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps bercakap dengan pertahanan, Leo Dubois pada sesi latihan menjelang pertembungan dengan Belgium di Clairefontaine-en-Yvelines. – AFP

Perancis mahu padam memori buruk Euro

MILAN: Perancis akan ke saingan separuh akhir Liga Negara-Negara berdepan Belgium awal pagi Jumaat ini di Turin untuk membuktikan sesuatu selepas tersingkir awal pada Euro 2020.

Juara dunia, Perancis adalah antara pasukan pilihan untuk menang Kejohanan Eropah pada musim panas tetapi gagal walaupun memiliki skuad dipenuhi bintang berkelas dunia.

Tersingkir menerusi penalti di tangan Switzerland pada kelompok 16 terakhir – selepas mendahului 3-1 berbaki 15 minit masa sebenar – jelas sesuatu yang mengejutkan lantas mencetuskan pertelingkahan dalam kem Perancis.

Semalam, akhbar harian L’Equipe menerbitkan temubual panjang dengan bintang penyerang, Kylian Mbappe, yang gagal menyempurnakan penalti seterusnya memberikan kemenangan buat Switzerland.





Dia berkata amat memerlukan “lebih sokongan” selepas kesilapan berkenaan.

“Apa yang mengejutkan saya, sekali lagi, saya digelar monyet kerana penalti itu,” katanya.

“Kerana itu saya mahukan sokongan, bukan kerana saya sepak penalti itu ke kira dan (Yann) Sommer menyelamatkannya.”

Mbappe juga berkata dia perlukan lebih sokongan daripada rakan sepasukan di padang selepas melakukan sepakan penalti itu, namun semalam pembantu kapten, Raphael Varane menegaskan skuad itu sentiasa menyokong antara satu sama lain.

“Kami bersama apabila sesuatu berlaku dengan baik sama seperti jika ada sesuatu yang tidak begitu bagus,” kata pertahanan Manchester United itu.





“Kami melaluinya secara bersama, kami tidak meninggalkan sesiapa di belakang. Itulah falsafah kami, dan itu tidak akan berubah.”

Perancis akan kehilangan pemain tengah, N’Golo Kante selepas dia dijangkiti Covid-19 ketika Chelsea kalah 1-0 di Juventus minggu lalu.

“Kami tidak seharusnya memandang rendah kejohanan ini, ia menggantikan perlawanan persahabatan yang tidak begitu popular,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

“Kami tahu kami ke dini dengan sasaran tertentu dan tidak seperti kejohanan lain, kami sudah berada di separuh akhir.” – AFP

Perancis mahu padam memori buruk Euro

​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






http://edisisiasat.com/2021/10/06/arul-kecewa-anak-buah-tewas-kepada-ireland/

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker