USTAZ EBIT LEW KEMBALI AKTIF DI MEDIA SOSIAL

 

USTAZ EBIT LEW KEMBALI AKTIF DI MEDIA SOSIAL
Ustaz Ebit Lew dilihat sudah lebih seminggu menyepi daripada media sosial. Namun terkini, pendakwah terkenal ini telah kembali aktif apabila memuat naik perkongsian di laman Instagram semalam.

Memuat naik video berada di pasar raya miliknya iaitu Elewsmart, Ustaz Ebit hanya menulis kapsyen ringkas, “Segala puji bagi Allah”.

Dalam hantaran yang lain pula, Ustaz Ebit telah memuat naik video bersama keluarganya di tepi pantai dengan kapsyen: “Bahagia di hati bila kita berterima kasih pada Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah,” tulisnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur dan teruja melihat pendakwah itu kembali aktif di media sosial. Tidak kurang juga, ramai mengatakan rindu untuk melihat perkongsian dan misi kebajikan pendakwah berkenaan.

 





USTAZ EBIT LEW KEMBALI AKTIF DI MEDIA SOSIAL


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/05/ph-makin-kepanasan-bila-dun-melaka-di-bubarkan/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker