Wajah Sebenar PH Terdedah Selepas DUN Melaka Di Bubarkan

Selama ini ramai yang masih lagi tidak nampak permainan politik Pakatan Harapan (PH).

Selepas mantan Speaker DUN Melaka mengumunkan pembubaran DUN, wajah sebenar PH semakin terdedah.

Bukan rahsia, adanya persetujuan politik antara ADUN PH Melaka dengan 4 orang ADUN yang menarik diri dari kerajaan.

Malah, dengan menamakan ADUN Sg Udang, Idris Haron, sebagai calon tunggal Ketua Menteri Melaka dari PH, adalah dalil yang kukuh memang wujudnya konspirasi dari pihak PH untuk ambil alih Kerajaan Negeri Melaka.





Namun, ibarat mengharap panas sampai ke petang, tetapi hujan ditengahari.

Dalam skrip PH, mereka yakin, Tuan Yang Terutama Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, tidak akan membubarkan DUN, tetapi akan menukar kerajaan dan melantik Ketua Menteri baharu berdasarkan dari jumlah Surat Akuan Bersumpah (SD), sebagaimana yang berlaku di pusat.

Namun, apa yang diharapkan tidak berlaku, Tun Mohd Ali Rustam membuat keputusan bubarkan DUN dan ini membuatkan PH panik.

Mereka sedar, sekiranya berlaku PRN Melaka, PH hampir pasti akan tumbang, malah akan kehilangan beberapa kerusi ADUN di Parlimen Alor Gajah dan Jasin.

Maka menyalaklah ADUN PH membantah keputusan pembubaran DUN Melaka, dengan alasan klise, Covid-19 dan keselamatan rakyat.





Baca di sini:

https://m.malaysiakini.com/news/594161

Edisi Siasat hairan, adakah politikus PH tidak tahu implikasi yang bakal berlaku apabila Ketua Menteri hilang sokongan majoriti?

Dan seperti biasa, PH akan menuding jari kepada UMNO sebagai punca kepada pembubaran DUN dan PRN Melaka sedangkan mereka sendiri yang menggerakkan usaha ke arah itu.

Namun, tidak ada apa yang hendak dihairankan, sememangnya itulah wajah dan sifat sebenar politikus PH dari dulu, kini dan selamanya.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker