15 ADUN Melaka Ke Istana Negara Hari Ini

15 Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka akan bertolak ke Istana Negara, Kuala Lumpur esok, bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, tindakan berkenaan dibuat susulan ketidakpuasan hati terhadap isu dwi pengisytiharan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang diumumkan kelmarin.

Ia dicadangkan ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan dipersetujui oleh barisan ADUN yang lain selepas mendakwa, menjadi mangsa ‘pilih kasih’ ekoran pembubaran dibuat secara tergesa-gesa.

“Keputusan pembubaran DUN ini tidak wajar dan mengikut laporan akhbar juga, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam sedang menjalani tempoh kuarantin kendiri sehingga Khamis ini”.





“Kami sebulat suara dan dengan rendah diri menyatakan ketidakpuasan hati kerana kami tidak dapat bertemu dengan Mohd. Ali, tetapi Ab. Rauf pula boleh berjumpa dengannya,” tambah Norhizam lagi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker