3 remaja beraksi ala Superman dicekup

3 remaja beraksi ala Superman dicekup

3 remaja beraksi ala Superman dicekup

KUALA LUMPUR: Tiga remaja lelaki ditahan kerana menunjukkan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan menghala Klang, tengah malam tadi.

Sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan serta Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menjalankan Operasi Samseng di kawasan berkenaan, bermula jam 12 tengah malam.

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, berkata remaja terbabit didapati melakukan kesalahan dengan melakukan aksi Superman, ‘zig zag’ dan berlumba sesama sendiri.





“Kita tahan remaja berkenaan selepas mereka memberhentikan motosikal di pekarangan Kompleks Sukan Pandamaran Klang, jam 12.30 tengah malam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Mohd Nadzri berkata, pihaknya turut menahan tiga lagi penunggang motosikal kerana melakukan aksi sama di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), awal pagi tadi.

Katanya, lelaki berusia antara 18 hingga 23 tahun dilihat menunggang motosikal secara berbahaya dari KM 12 hingga KM 5 Lebuhraya LEKAS arah Kuala Lumpur, pada jam 12.50 tengah malam.

“Mereka ditangkap menerusi operasi sama ketika memberhentikan motosikal di kawasan parkir Taman Desa Mutiara, Jalan Indah, Sungai Jelok, Kajang jam 1.20 pagi,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya secara keseluruhan mengeluarkan 24 saman atas pelbagai kesalahan dalam dua operasi berkenaan.





“Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan IPD Kajang untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

3 remaja beraksi ala Superman dicekup


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/07/polis-kesan-anggota-tentera-cabul-wanita-di-kedai-vape/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker