ANAK SHAHROL MAKIN AKTIF SELEPAS BEDAH – RANCANG SUNAT DALAM MASA TERDEKAT
ANAK SHAHROL MAKIN AKTIF SELEPAS BEDAH – RANCANG SUNAT DALAM MASA TERDEKAT
Anak kepada pelawak Shahrol Shiro iaitu Ismail Rifqi yang berusia 10 bulan kini beransur pulih dan semakin aktif, selepas enam hari selamat menjalani pembedahan akibat masalah buah pinggang kronik di pusat perubatan di Subang Jaya, pada 1 September lalu.
Isterinya, Nor Farhanah Shamimi atau Anna berkata, bayinya itu sudah bergerak aktif seperti biasa dan luka jahitan sudah pun kering. Dalam pada itu, Nor Farhanah berkata, dia mengelak membawa anaknya keluar ke tempat berisiko dan terdedah daripada jangkitan kuman. Kata Nor Farhanah dia bimbang jika berlaku komplikasi sekiranya tidak diawasi dengan baik.
“Alhamdulillah Ismail semakin aktif. Sebab dia baby, luka dia cepat baik… bahagian operate dah kering cepat. Saya ingatkan dia akan rasa tak selesa tapi tidak, nampaknya dia dan boleh meniarap dan merangkak seperti biasa. Masalah buah pinggang tu kemungkinan boleh jadi kembali tapi tak tahu jangka masa tu macam mana.
“Kita hanya perlu jaga dengan lebih rapi daripada segi makan dan aktiviti. Saya risaukan dia punya pemakanan sebab dia cuma ada satu buah pinggang, tak boleh makan terlalu banyak garam. Sekarang saya juga tak akan bawa dia ke tempat yang ramai orang dan berisiko boleh dapat jangkitan kuman,” jelasnya.
Selain pemakanan, Nor Farhanah juga berkata, dia perlu menitikberatkan soal kebersihan dan merancang untuk mengkhatankan bayi itu dalam masa terdekat.
“Kebersihan dia kena jaga… setiap enam jam tukar lampin dan mandikan. Kalau dah baik, saya akan terus sunatkan dia. Tengok dulu dalam masa sebulan dua ini,” ujarnya.
Untuk makluman, Shahrol dan Nor Farhanah berkahwin pada 8 Mac 2016. Selain Ismail, pasangan ini dikurniakan anak sulung bernama Iskandar Rizqi berusia empat tahun.
ANAK SHAHROL MAKIN AKTIF SELEPAS BEDAH – RANCANG SUNAT DALAM MASA TERDEKAT
​Disyorkan Untuk Anda :
- SELEPAS DI PECAT, IDRIS HARON DAN NOR AZMAN MENGAKU MASIH LAGI AHLI DAN SAYANGKAN UMNO
- ADLY BIADAP PERTIKAI KEPUTUSAN TYT MELAKA!!!
- JENAYAH: LELAKI MABUK ROGOL DAN BUNUH NENEK 74 TAHUN
- KAK KM BENGANG PU SYED KATA BERNIAGA DENGAN CARA DOSA, REZEKI TAK BERKAT
Lawati Laman Facebook Kami
http://edisisiasat.com/2021/10/07/raja-ilya-kata-sejuta-follower-sesuatu-mengarut-tak-masuk-akal/