Gavi bintang masa depan Sepanyol

Pemain tengah Itali, Manuel Locatelli (kiri) berebut bola dengan pemain tengah Sepanyol, Gavi ketika saingan separuh akhir Liga Negara-Negara di San Siro. – AFP

Gavi bintang masa depan Sepanyol

MILAN: Luis Enrique berkata Gavi mewakili “sekarang dan masa depan” Sepanyol selepas pemain tengah Barcelona itu bergelar pemain termuda bermain dalam pasukan kebangsaan ketika menang mengatasi Itali dalam separuh akhir Liga Negara-Negara pagi tadi.

Pada usia 17 tahun 62 hari, Gavi memecahkan rekod 85 tahun apabila dia bermain di San Siro yang membawa kemenangan 2-1 dan meletakkan Sepanyol di final serta menamatkan rekod dunia 37 perlawanan tanpa kalah skuad Azzurri.

Dia menampilkan persembahan baik bersama rakan sepasukan Barca, Sergio Busquets dan Luis Enrique yakin dia ada masa depan yang panjang bersama La Roja yang disertainya ketika ini.

“Dia adalah pemain yang boleh beraksi antara dua garisan, tidak hilang bola dan dia ada fizikal,” kata Luis Enrique.





“Kami tahu apa yang mampu dibawanya; personaliti, kesanggupan untuk bermain, keberanian. Tiada apa yang tidak boleh dilakukannya. Dia pemain yang sempurna.

Gavi bintang masa depan Sepanyol


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/07/skuad-harimau-malaya-makin-dapat-perhatian/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker