Idris ‘Trojan Horse’ UMNO Sudah Mula Menyusup Dalam PH

Edisi Siasat tertarik dengan pendedahan blogger Makcik Kiah Mak Tiri Mahiaddin yang menyiarkan artikelĀ ‘Idris Haron Trojan Horse UMNO’.

Memang pada mulanya, Edisi Siasat agak ragu-ragu dengan kebenaran pendedahan itu, tetapi, satu fakta yang tidak boleh disangkal ialah kebenaran hujah yang dikemukakan.

Dengan perkembangan terkini yang mengesahkan Idris Haron akan menyertai Pakatan Harapan (PH), menguatkan lagi anggapan kami.

PH Melaka kini diterajui oleh Adly Zahari, mantan Ketua Menteri Melaka, dari Parti Amanah Malaysia.





Tetapi, parti sebenar yang menjadi dominan dalam PH Melaka ialah DAP.

Sudah menjadi rahsia umum, kepimpinan Adly semasa menjadi Ketua Menteri adalah sangat lemah dan mungkin Ketua Menteri yang paling gagal dalam sejarah Melaka.

Manakala Idris pula adalah seorang politikus yang agresif dari sudut tindakan dan percakapannya.

Dari maklumat dalaman kem Idris yang Edisi Siasat terima, langkah pertama Idris ialah untuk merampas kepimpinan PH Melaka dari Adly dan angin sudah pun bertiup kencang dari negeri Hang Tuah membawa berita Odris akan dilantik sebagai Pengerusi PH Melaka.

Apabila sudah menerajui kepimpinan PH Melaka, maka akan lebih mudah bagi Idris memporak perandakan PH Melaka dari dalam.





Julius Ceaser pernah mengingatkan, empayer yang besar dan kuat tidak akan mampu dimusnahkan oleh musuh dari luar tetapi akan musnah di tangan musuh dari dalam.

Sedangkan empayer yang besar dan kuat boleh hancur dengan musuh yang berada di dalam, inikan pula PH Melaka yang tidak sekuat dan sebesar mana.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker