Kanada wajibkan kakitangan awamnya suntik vaksin

Kanada wajibkan kakitangan awamnya suntik vaksin

Kanada wajibkan kakitangan awamnya suntik vaksin

OTTAWA: Kakitangan awam termasuk polis dan tentera Kanada akan diwajibkan mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Dasar mewajibkan pengambilan vaksin itu dicadangkan oleh Perdana Menteri, Justin Trudeau ketika kempen pilihan raya baru-baru ini dan ia merangkumi kira-kira 300,000 penjawat awam.

Bagaimanapun. beberapa pengecualian perubatan akan dibenarkan, manakala individu lain akan diletakkan di bawah cuti pentadbiran tanpa gaji sekiranya enggan divaksinasi pada hujung bulan ini.





Dasar yang sama juga dilaksanakan kepada semua pengembara berusia 12 tahun dan ke atas yang menggunakan perkhidmatan udara dan di Kanada, menjelang penghujung November ini.

“Tindakan bertanggungjawab dan praktikal sebenarnya akan melindungi rakyat, mengelakkan sistem kesihatan menjadi lumpuh, membenarkan kanak-kanak kembali ke sekolah dan mempercepatkan proses pemulihan ekonomi,” kata Timbalan Perdana Menteri, Chrystia Freeland pada sidang akhbar.

Beliau berkata, ia juga bagi memastikan ‘kumpulan minoriti yang menentang suntikan vaksin COVID-19’ tidak dapat melakukan sabotaj ke atas pemulihan semula ekonomi negara itu.

Menurut laman web COVID-19 Vaccination Tracker, setakat ini, lebih daripada 82 peratus rakyat Kanada berusia 12 tahun dan ke atas sudah lengkap divaksin, manakala 88 peratus individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, mengulas lanjut, Trudeau berkata, pihaknya menjangkakan akan berlaku ‘implikasi yang teruk’ jika ada kakitangan awam yang tidak jujur mengenai status inokulasi mereka.





“Kerajaan dalam tempoh beberapa minggu lagi juga bercadang melancarkan pasport vaksin membabitkan perjalanan antarabangsa, selain memperkenalkan undang-undang ‘menjadikannya satu kesalahan jenayah bagi tindakan mengancam atau mengganggu pekerja kesihatan,” katanya.

Ia susulan protes yang dilakukan anti vaksin dengan menyasarkan hospital dan klinik di seluruh Kanada dalam tempoh beberapa bulan lalu, yang mencetuskan kemarahan orang awam. – AFP

Kanada wajibkan kakitangan awamnya suntik vaksin





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker