Kemelut Politik Melaka: Segalanya Adalah Kerana Jawatan Ketua Menteri

UMNO dituduh gila kuasa.

UMNO dituduh terlalu berpolitik hingga merisikokan nyawa rakyat di kala pandemik Covid-19 masih belum dapat dikawal.

UMNO itu, UMNO ini, segala-galanya salah UMNO.

Betulkah begitu?





Realitinya, kalau 4 orang ADUN Melaka termasuk 2 orang ADUN Bebas tidak menarik diri, apakah Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan?

Kalau DUN tidak dibubarkan, apakah akan ada kemungkinan untuk diadakan Pilihanraya Negeri Melaka?

Kalau tidak ada Pilihanraya Negeri Melaka, apakah nyawa rakyat Melaka akan terancam?

Persoalan yang MESTI rakyat Melaka selami ialah apa puncanya pergolakan politik Melaka?

Pihak yang menarik sokongan mendakwa kerana ada campurtangan pihak ketiga dalam pentadbiran Negeri Melaka?





Siapa pihak ketiga itu, campurtangan bagaimana yang dimaksudkan?

Sekiranya benar, pendedahan secara jelas mesti diberikan.

Tidak perlu gunakan analogi ada 2 singa di atas satu gunung!!!

EXCO Melaka bukan 2 orang sahaja, kenapa EXCO yang lain tidak ada masalah, cuma yang 2 orang ini sahaja yang menghadapi masalah?

Kalau betul apa yang didakwa itu berlaku, sudah tentu kesemua EXCO akan menarik sokongan!!!





Rupa-rupanya, apa yang tersurat tidak sama dengan apa yang tersirat.

Segala-galanya adalah kerana gila hendak menjadi Ketua Menteri semula.

Yang tersirat terdedah apabila Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, DD Abd Raof Yusoh, menjelaskannya.

Sudah ada 15 Surat Akuan Bersumpah dari ADUN Melaka (SD) menyokong mantan Ketua Menteri Melaka dilantik semula sebagai Ketua Menteri.

Tujuannya untuk tubuhkan kerajaan tebuk atap.





Bila DUN dibubarkan, melenting, takut kempunan.

Mula gunakan rakyat sebagai perisai, mula gunakan Covid-19 sebagai perisai untuk tutup kerakusan sendiri.

Bagi Edisi Siasat, begini sahajalah, kalau betul-betul mahu menjadi Ketua Menteri semula, bertanding di atas pentas politik secara anak jantan.

Kalau betul-betul jujur dan ikhlas fikirkan rakyat, pulaukan Pilihanraya Negeri Melaka sebagai protes.

Pilihan ketiga, selamat bersara dari dunia politik, duduk rumah jaga anak bini, rakyat pun dah bosan!!!





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker