Lebih 20 maut gempa bumi di Pakistan

Lebih 20 maut gempa bumi di Pakistan
Lebih 20 orang maut dalam kejadian gempa bumi dengan kekuatan 5.7 skala Richter yang melanda bandar Quetta, selatan Pakistan awal pagi ini ketika kebanyakan mangsa sedang tidur. – Foto Google

Lebih 20 maut gempa bumi di Pakistan

QUETTA: Lebih 20 orang maut dalam kejadian gempa bumi dengan kekuatan 5.7 skala Richter yang melanda bandar Quetta, selatan Pakistan awal pagi ini ketika kebanyakan mangsa sedang tidur.

“Lebih 20 orang terkorban setakat ini…angka kematian mungkin meningkat lagi,” kata Ketua Pengurusan Bencana Wilayah Balochistan, Naseer Nasar kepada AFP.

Kawasan pedalaman pergunungan di bandar Harnai, Balochistan, dikesan yang paling teruk dilanda bencana itu.

Kemudahan infrastruktur yang mundur dengan kekurangan jalan raya berturap, bekalan elektrik dan capaian liputan telekomunikasi menyukarkan kerja menyelamat mangsa.





Pegawai Kanan di pejabat pihak berkuasa tempatan, Suhail Anwar Hashimi pula berkata, kebanyakan mangsa meninggal dunia dihempap bumbung dan dinding rumah mereka.

“Antara yang meninggal dunia termasuk wanita dan enam kanak-kanak dan operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang digerakkan,” katanya.

US Geological Survey melaporkan gegaran pada magnitude 5.7 itu berlaku jam 3 pagi di bandar Quetta dan kawasan sekitarnya.

Pada Oktober 2015, gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter melanda kawasan sempadan Pakistan dan Afghanistan yang mengorbankan 400 orang.

Negara itu sebelum ini juga pernah mengalami kejadian gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter pada 8 Oktober 2005 di wilayah Kashmir yang menyebabkan lebih 73,000 maut dan 3.5 juta hilang tempat tinggal. – AFP





Lebih 20 maut gempa bumi di Pakistan


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/07/sweden-henti-sementara-vaksin-moderna-untuk-belia/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker