Presiden UMNO: NO PPBM, NO DAP, NO PKR Dalam PRN Melaka

Kenyataan yang amat ringkas tetapi sangat tegas dari Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi apabila ditanya kemungkinan kerjasama dengan PPBM dalam Pilihanraya Negeri Melaka.

“Saya minta maaf … No way”.

Kenyataan Presiden UMNO itu secara tidak langsung telah menutup ruang sebarang kerjasama dengan PPBM/PN dalam Pilihanraya Negeri Melaka.

Sebelum ini, Presiden PPBM, Mahiaddin, dengan angkuhnya berkata PPBM akanĀ langgar kawasan UMNO dalam PRU 15 nanti.





Tetapi Pengerusi Perikatan Nasional Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen pula berharap akan ada perbincangan antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Negeri Melaka.

Jelas di sini, PPBM sangat mengharapkan UMNO bagi menjamin mereka mendapat kemenangan di dalam pilihanraya.

PPBM sedar, sekiranya berlaku pertembungan antara PN dan BN di kawasan majoriti Melayu, harapan untuk mereka menang adalah sangat tipis meski pun didokongi oleh PAS.

Keangkuhan dan keyakinan PPBM hanyalah ketika berada di atas pentas ucapan politik di hadapan penyokong mereka sendiri.

Tetapi apabila berada di pentas sebenar, keangkuhan dan keyakinan mereka akan serta merta hilang dan digantikan dengan sikap lembut gigi dari lidah.





Namun, itulah PPBM, dari pucuk pimpinan hinggalah ke akar umbi, cakap tak serupa bikin!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker