Norhizam Tidak Mahu Sertai Mana Mana Parti Atau Tidak Ada Parti Mahu Terima

Kenyataan terbaru dari mantan ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hasan Baktee, ialah buat masa sekarang beliau tidak akan menyertai mana-mana parti bagi menghadapi Pilihanraya Negeri Melaka.

Norhizam juga menyatakan rasa kesal kerana kononnya tindakan beliau dan 3 lagi ADUN tidak diadili dengan sepatutnya.

Namun, respon dari rakyat Melaka sendiri mempersoalkan, keadilan yang bagaimana Norhizam mahukan.

Kalau tangan sudah berani mencincang, maka bahulah yang akan memikulnya.





Persoalan sekarang, apakah Norhizam sememangnya tidak mahu menyertai mana-mana parti politik atau tidak ada parti politik yang mahu menerima beliau?

Dari maklumat yang diterima, kebanyakan parti politik melihat Norhizam sebagai liabiliti dalam menghadapin PRN Melaka.

Norhizam kini dikatakan tercari-cari kawasan yang sesuai untuk beliau bertanding.

Inilah yang dikatakan, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker