Pencuri Motosikal Di Bakar Hidup Hidup

Suspek kes curi motosikal di wilayah Jawa Timur, Indonesia maut selepas dibakar hidup-hidup oleh orang ramai yang berang dengan aktiviti jenayahnya itu, lapor laman berita Tribun News hari ini.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Abdur Rahman memberitahu, lelaki yang didakwa pencuri itu dikatakan mencuri sebuah motosikal pada pukul 2 petang (waktu tempatan) semalam.

Sekitar pukul empat petang (waktu tempatan), suspek berjaya ditangkap orang ramai dan dibelasah sehingga lembik.

Semakin ramai yang turut serta membelasah suspek.





Akhirnya suspek diseret ke sebuah kawasan tanah kosong dan dibakar hidup-hidup.

Ketua Polis Kwanyar, Mohammed Mansur mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu bahawa bedah siasat sedang dijalankan terhadap mayat lelaki itu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker