PH Melaka Nafikan Kenyataan Norhizam 15 ADUN Akan Mengadap Agong

Makin meroyan nampaknya bekas ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee aka YB Beliau.

Terkini, Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, Adly Zahari menafikan kenyataan Norhizam bahawa 15 bekas ADUN akan mengadap SPB YDP Agong.

Norhizam mendakwa idea yang dicetuskan oleh Idris Haron itu adalah kerana keputusan TYT Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, membubarkan DUN Melaka tanpa berjumpa dengan kesemua bekas ADUN terlebih dahulu.

Dalam perkembangan yang sama, DAP pula menempelak Norhizam dengan mengatakan jangan bermimpi untuk berkerjasama dengan DAP.





Nampaknya, 4 ADUN yang menjatuhkan Kerajaan Negeri Melaka dan merasakan mampu menjadi ‘king maker’ makin kepanasan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker