RAJA ILYA KATA SEJUTA ‘FOLLOWER’ SESUATU MENGARUT, TAK MASUK AKAL
RAJA ILYA KATA SEJUTA ‘FOLLOWER’ SESUATU MENGARUT, TAK MASUK AKAL
“Tahu tak zaman ini berapa banyak akaun media sosial yang ada pengikut palsu dan boleh dibeli begitu saja? Nak sejuta pengikut, tak payah jadi Datuk atau pelakon pun. Bukan siapa-siapa pun boleh beli. Apa yang kamu nak sebenarnya? Nak yang betul, ada kemahiran, bakat, bertahan lama dalam industri, menang banyak anugerah atau pengikut berjuta-juta?
“Disebabkan syarat ini, ramai yang akan mula membeli ‘followers’ palsu semata-mata untuk pastikan mereka dapat masuk di stesen TV” ujar pelakon Raja Ilya, 36, yang menyifatkan syarat pelakon perlu memiliki sejuta pengikut di media sosial adalah sangat tidak masuk akal dan ada keburukannya.
Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkata, ketetapan begitu hanya menggalakkan segelintir pelakon ‘membeli’ pengikut demi mencukupkan angka sejuta itu. Pelakon filem ‘KL Vampires’ itu berpendapat, kesan daripada tindakan sebegitu lebih memudaratkan industri seni tempatan.
“Lagilah memalukan! Tak perlulah mengikut sangat apa yang orang lain buat. Daripada tengok pengikut, lebih baik tengok pengikut dalam stesen TV masing-masing. Contohnya drama atau filem mereka buat. Apa maklum balas atau ‘rating’. Bukan semuanya yang dari media sosial betul, kadang-kadang 90 peratus daripadanya tipu,” katanya.
Dalam pada itu, Raja Ilya juga mengakui dia sendiri tidak dapat menerima penetapan syarat sebegitu walaupun suatu hari nanti akan mencapai lebih sejuta pengikut di media sosial.
Baru-baru ini, heboh dalam kalangan penggiat industri mengenai sebuah stesen TV menetapkan syarat pelakon kena ada pengikut minimum sejuta untuk diambil berlakon.
RAJA ILYA KATA SEJUTA ‘FOLLOWER’ SESUATU MENGARUT, TAK MASUK AKAL
​Disyorkan Untuk Anda :
- SELEPAS DI PECAT, IDRIS HARON DAN NOR AZMAN MENGAKU MASIH LAGI AHLI DAN SAYANGKAN UMNO
- ADLY BIADAP PERTIKAI KEPUTUSAN TYT MELAKA!!!
- JENAYAH: LELAKI MABUK ROGOL DAN BUNUH NENEK 74 TAHUN
- KAK KM BENGANG PU SYED KATA BERNIAGA DENGAN CARA DOSA, REZEKI TAK BERKAT
Lawati Laman Facebook Kami