WHO syor vaksin malaria kepada kanak-kanak
WHO syor vaksin malaria kepada kanak-kanak
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meluluskan penggunaan vaksin RTS, S/AS01 iaitu yang pertama bagi menangani malaria.
Penyakit itu yang merebak melalui nyamuk dan mengakibatkan lebih 400,000 orang terkorban setiap tahun, khususnya dalam kalangan kanak-kanak Afrika.
Keputusan itu dibuat selepas pelaksanaan program rintis yang dilakukan di Ghana, Kenya dan Malawi sejak 2019 dengan lebih daripada dua juta dos vaksin berkenaan diberikan, yang kali pertama dikeluarkan oleh syarikat farmaseutikal GSK pada 1987.
Selepas meneliti dapatan daripada ketiga-tiga negara berkenaan, WHO ‘mengesyorkan penggunaan secara meluas vaksin malaria pertama di dunia’, kata Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
WHO dalam satu kenyataan berkata, penggunaan vaksin itu secara meluas disyorkan dalam kalangan kanak-kanak di negara sub-Sahara Afrika dan wilayah lain dengan penularan malaria pada tahap sederhana hingga tinggi.
Terdapat banyak vaksin dikeluarkan bagi menangani virus dan bakteria, tetapi buat julung kalinya WHO mengesyorkan penggunaan vaksin itu secara luas terhadap parasit manusia.
“Daripada perspektif saintifik, ini adalah satu kejayaan besar,” kata Pengarah Program Malaria Global WHO, Pedro Alonso.
Sebelum vaksin berkenaan boleh dibekalkan kepada kanak-kanak Afrika, langkah seterusnya adalah berkaitan dana.
“Ia adalah langkah utama…kemudian kami akan membuat ketetapan berhubung jumlah dos dan keputusan di manakah (lokasi) vaksin berkenaan paling perlu digunakan dan bagaimana kaedah pengedarannya,” kata Pengarah Jabatan Imunisasi, Vaksin dan Biologi WHO, Kate O’ Brien.
Mengikut data WHO, seorang kanak-kanak meninggal dunia setiap dua minit akibat jangkitan malaria. -AFP
WHO syor vaksin malaria kepada kanak-kanak
Disyorkan Untuk Anda :
- SELEPAS DI PECAT, IDRIS HARON DAN NOR AZMAN MENGAKU MASIH LAGI AHLI DAN SAYANGKAN UMNO
- ADLY BIADAP PERTIKAI KEPUTUSAN TYT MELAKA!!!
- JENAYAH: LELAKI MABUK ROGOL DAN BUNUH NENEK 74 TAHUN
- KAK KM BENGANG PU SYED KATA BERNIAGA DENGAN CARA DOSA, REZEKI TAK BERKAT
Lawati Laman Facebook Kami
http://edisisiasat.com/2021/10/07/sepanyol-tamatkan-rekod-tanpa-kalah-itali/