Zarina Anjoulie hadir bagi kes dadah

Zarina Anjoulie hadir bagi kes dadah
Zarina Anjoulie hadir ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini, bagi sebutan semula kes pendakwaan atas pertuduhan menggunakan dadah. – Foto NSTP/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN

Zarina Anjoulie hadir bagi kes dadah

SEREMBAN: Selebriti Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul hadir ke Mahkamah Majistret Seremban, hari ini, bagi sebutan semula kes pendakwaan atas pertuduhan menggunakan dadah jenis Methamphetamine pada Jun lalu.

Dia yang mengenakan jubah dan selendang berwarna hitam tiba di Kompleks Mahkamah Seremban, di sini, jam 8.40 pagi.

Bagaimanapun, Majisteret Mohd Firdaus Salleh memerintahkan sebutan semula kes Zarina ditetapkan pada 11 November ini, selepas proses penyerahan dokumen selesai hari ini.

Peguam yang mewakili Zarina, Ahmad Faiz Munawar, berkata prosiding pada kali ini hanya penyerahan dokumen.





“Hari ini penyerahan dokumen sahaja. Mahkamah menetapkan 11 November sebagai tarikh sebutan untuk dokumentasi selepas kita menghantar representasi secepat mungkin.

“Kemungkinan tarikh 11 November itu untuk keputusan atau lanjutkan sekiranya keputusan tidak dapat. Dalam masa yang sama, kita akan hantar repsentasi kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya ketika ditemui sejurus prosiding, hari ini.

Selain Ahmad Faiz, Zarina Anjoulie turut diwakili peguam Fadhli Sutris.

Zarina didakwa di Mahkamah Majistret 13 September lalu, atas pertuduhan menggunakan dadah jenis Methamphetamine, pada Jun lalu.

Bagaimanapun, selebriti berusia 34 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mahyun Yusof.





Mengikut pertuduhan, Zarina didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine dan air kencingnya didapati positif dadah jenis berkenaan.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah sebelum ini membenarkan Zarina diikat jamin sebanyak RM2,000.

 





Zarina Anjoulie hadir bagi kes dadah


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/07/who-wins-if-muafakat-nasional-falls/

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker