‘Beri peluang, jangan cepat hukum’

'Beri peluang, jangan cepat hukum'
Pemain Jordan, Ali Olwan meraikan kejayaan menjaringkan gol pasukannya pada aksi menentang Malaysia dalam aksi persahabatan di Stadium Raja Abdullah II, Amman, Jordan, semalam. – Foto ihsan Jordan FA.

‘Beri peluang, jangan cepat hukum’

KUALA LUMPUR: Posisi tengah skuad Harimau Malaya perlu diperbaiki sebaik mungkin menjelang aksi persahabatan berdepan pasukan ranking ke-84 dunia, Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan, Sabtu ini.

Kelemahan di bahagian ‘enjin’ utama skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu turut diakui pengurus pasukan, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi selepas pasukan kebangsaan tunduk 0-4 di tangan Jordan dalam saingan di Stadium Raja Abdullah II, Amman, semalam.

Justeru, beliau yakin segala kelemahan skuad Harimau Malaya khususnya di bahagian tengah berada dalam penelitian barisan jurulatih untuk diperbaiki segera.

“Kita nampak pemain memang berkeinginan untuk bermain betul-betul dan bersungguh-sungguh biarpun kebanyakan mereka ini ada yang pertama kali beraksi dalam skuad senior di pentas tertinggi.





“Tapi bahagian tengah kita boleh dikatakan tak berapa nak menjadi. Kita banyak kehilangan bola di bahagian tengah dan bila ‘enjin’ kita tak berapa lancar, pertahanan kita akhirnya buat kesilapan.

“Bukan kita nak menyalahkan mana-mana pemain kerana mereka pun baru pertama kali digandingkan. Cuma malam tadi bahagian tengah kita agak tak menjadi.

“Jadi saya percaya akan ada perubahan selepas ini (aksi persahabatan menentang Uzbekistan) dan kita akan baiki sebelum bermulanya Piala Suzuki AFF pada Disember nanti,” katanya.

Pada aksi semalam, skuad Harimau Malaya dikecewakan dengan jaringan hatrik Ali Olwan pada minit ke-34, 47 dan 49 selain satu jaringan disumbangkan Odai Al-Saify minit ke-42.

Selain itu, Mohd Yusoff berharap semua pihak memberi peluang kepada barisan pemain dan tidak terlalu cepat menghukum mereka selepas kekalahan besar di tangan Jordan.





“Jordan bermain sangat pantas dan ada kelebihan fizikal yang baik. Pasukan kita juga sudah berikan yang terbaik dan kita menunjukkan kesungguhan untuk bersaing,” katanya.

‘Beri peluang, jangan cepat hukum’


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/08/5674/

 

 





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker