Dosa Yang Telah Idris Haron Lakukan Kepada Rakyat Melaka

Sudah menjadi rahsia umum, dalang utama yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan Melaka adalah Idris Haron.

Malah, Idris Haron juga bertanggungjawab mendedahkan rakyat Melaka kepada risiko jangkitan Covid-19 sekiranya berlaku PRN Melaka.

Mantan ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee mendedahkan, gesaan supaya 15 ADUN pergi mengadap SPB YDP Agong untuk menyerahkan memorandum bantahan, juga datangnya dari Idris Haron.

Idris juga mendakwa akan ada 2 lagi ADUN dari UMNO yang akan menyertai beliau, tetapi sehingga sekarang, belum ada sebarang tanda akan kebenaran kenyataan itu.





Setelah perancangan beliau tidak menjadi dan tembelang beliau terdedah satu persatu, Idris kelihatan cukup panik.

Kenapa Idris panik?

Idris tahu, kalau bertanding semula dalam PRN Melaka untuk mempertahankan kerusi DUN Sg Udang, beliau pasti tewas.

Sedangkan dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO Tangga Batu 2018, Idris gagal pertahankan dan tumbang di tangan bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Tangga Batu, Mohamad Ali Mohamad, inikan pula hendak bertarung dengan Mohamad Ali dalam gelanggang DUN yang jauh lebih besar.

Sebab apa Idris tumbang?





Kerana sikap dingin Idris terhadap semua program UMNO?

Untuk melindungi kerakusan diri sendiri, Idris mendedahkan pula kononnya Kerajaan Melaka di bawah pentadbiran Sulaiman Md Ali adalah kerajaan yang korup.

Yang Idris terlupa, beliau sendiri pernah dikaitkan dengan amalan penyelewengan kuasa pada tahun 2017.

Kini, Idris sudah ibarat cacing kepanasan, bukan sahaja angan-angan untuk menjadi Ketua Menteri kali kedua semakin tipis, malah untuk menjadi ADUN pun semakin jauh dari genggaman.





Ini yang dikatakan, yang dikejar tak dapat, dikendung keciciran!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker