FAZURA KAGUM PERMAISURI SELANGOR PAKAI TUDUNG JENAMANYA, KURANG DARI RM30

FAZURA KAGUM PERMAISURI SELANGOR PAKAI TUDUNG JENAMANYA, KURANG DARI RM30

“Redup pandangan, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati. Faz sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengenakan Tudung Fazura.
“Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenan mengenakan tudung dengan harga kurang dari RM30.

“Dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh. Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. Suri teladan seluruh negeri.

“Junjung Kasih Tuanku. Semoga Allah SWT terus merahmati DYMM Tengku Permaisuri Selangor,” demikianlah tulis pelakon Nur Fazura yang meluahkan rasa terharu apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan mengenakan tudung jenamanya, Tudung Fazura.

Dalam entri berkenaan yang dimuat naik di laman Instagram, Fazura turut memuat naik gambar memaparkan Permaisuri Selangor mengenakan tudung berwarna biru muda dalam satu majlis di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Fazura turut meluahkan rasa kagum apabila melihat seorang wanita berpangkat Permaisuri mengenakan sehelai tudung berharga RM27. Dalam pada itu, Fazura turut berharap sikap rendah diri Tengku Permaisuri Norashikin dapat dijadikan teladan buat semua rakyat.





Sebelum ini, Fazura berkongsikan anaknya, Nur Fatima Aisya menerima hadiah istimewa seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

FAZURA KAGUM PERMAISURI SELANGOR PAKAI TUDUNG JENAMANYA, KURANG DARI RM30





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker