Hukuman mati pembantu kedai bunuh tunang kekal
Hukuman mati pembantu kedai bunuh tunang kekal
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas seorang bekas pembantu kedai tayar kerana membunuh bekas tunangnya yang akan berkahwin dengan lelaki lain.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu sebulat suara selepas menolak rayuan terakhir Muhammad Irshaduddin Khalis Nasurudin terhadap sabitan dan hukuman mati dijatuhkan ke atasnya.
Mohd Zawawi berkata, keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan Muhammad Irshaduddin dengan kesalahan membunuh adalah selamat.
Turut bersidang, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Mary Lim Thiam Suan.
Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 22 Mac 2019.
Seorang saksi pendakwaan yang bekerja di pasar raya itu melihat Muhammad Irshaduddin berbual dengan mangsa berhampiran kawasan parkir motosikal dan satu pergaduhan berlaku antara kedua-duanya.
Muhammad Irshaduddin memegang kepala mangsa dan menghentakkannya ke atas motosikal sebelum menikam badan Nursyafikah.
Ketika membela diri, Muhammad Irshaduddin berkata, dia tidak berniat menikam mangsa sehingga mati, sebaliknya hanya mahu mencederakan Nursyafikah selepas marah dengan kata-kata diucapkan wanita itu kepadanya.
Muhammad Irshaduddin diwakili peguam Mohd Radzi Yatiman dan Mohd Razak Shariff, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron hadir bagi pihak pendakwaan. – BERNAMA
Hukuman mati pembantu kedai bunuh tunang kekal
Disyorkan Untuk Anda :
- MASA PARLIMEN DI GANTUNG ADA KEPERLUAN 2 TIMBALAN SPEAKER, MASA PARLIMEN BERSIDANG TAK ADA KEPERLUAN!!!
- IDRIS ‘TROJAN HORSE’ UMNO SUDAH MULA MENYUSUP DALAM PH
- PH MELAKA NAFIKAN KENYATAAN NORHIZAM 15 ADUN AKAN MENGADAP AGONG
- PRESIDEN UMNO: NO PPBM, NO DAP, NO PKR DALAM PRN MELAKA
Lawati Laman Facebook Kami
http://edisisiasat.com/2021/10/08/motogp-dunia-umum-kalendar-perlumbaan-2022/