Kapal selam nuklear AS langgar objek tidak dikenali

Kapal selam nuklear AS langgar objek tidak dikenali
WASHINGTON: Sebuah kapal selam nuklear Amerika Syarikat (AS) mengalami kerosakan selepas melanggar objek tidak dikenali ketika beroperasi di Asia.
Tentera Laut AS dalam satu kenyataan, semalam, berkata kapal serangan pantas berkuasa nuklear terbabit, USS Connecticut, melanggar suatu objek ketika menyelam pada 2 Oktober lalu dalam perairan antarabangsa di wilayah Indo-Pasifik.
Menurutnya, tiada kecederaan yang mengancam nyawa dilaporkan susulan insiden itu.
Namun sebuah laman khusus untuk berita tentera laut, USNI News, melaporkan kira-kira 12 kelasi mengalami kecederaan ringan dan sederhana.
USNI News turut melaporkan, kapal selam terbabit sedang beroperasi di Laut China Selatan, yang mana Tentera Laut AS berusaha mencabar tuntutan China terhadap kawasan yang menjadi pertikaian itu.
Pihak tentera laut memaklumkan, tahap kerosakan pada kapal selam itu sedang diteliti, selain siasatan juga giat dijalankan berhubung insiden berkenaan.
“Kapal selam terbabit berada dalam keadaan selamat dan stabil. Ruang serta loji pemacu nuklear USS Connecticut tidak terjejas dan kekal beroperasi sepenuhnya,” katanya.
Menurut laporan USNI News, kapal selam itu kini menuju ke pangkalan AS di Guam. – AFP
Kapal selam nuklear AS langgar objek tidak dikenali
Disyorkan Untuk Anda :
- MASA PARLIMEN DI GANTUNG ADA KEPERLUAN 2 TIMBALAN SPEAKER, MASA PARLIMEN BERSIDANG TAK ADA KEPERLUAN!!!
- IDRIS ‘TROJAN HORSE’ UMNO SUDAH MULA MENYUSUP DALAM PH
- PH MELAKA NAFIKAN KENYATAAN NORHIZAM 15 ADUN AKAN MENGADAP AGONG
- PRESIDEN UMNO: NO PPBM, NO DAP, NO PKR DALAM PRN MELAKA
Lawati Laman Facebook Kami
http://edisisiasat.com/2021/10/08/political-suicide-for-the-melaka-4-maybe-not/