Kastam Hong Kong lakukan rampasan bernilai RM290 juta

Kastam Hong Kong lakukan rampasan bernilai RM290 juta
HONG KONG: Kastam Hong Kong banteras penyeludupan sirip ikan yu, sarang burung walet, produk elektronik dan barangan mewah terbesar dalam sejarah.
Rampasan HK$540 juta (RM290 juta) itu termasuk 10 tan sirip ikan yu bernilai HK$110 juta (RM59 juta) selain beg jenama mewah seperti Hermes, Louis Vuitton dan Gucci.
Menurut Superintendan Kanan Kastam, Mark Woo Wai-kwan, selain sirip ikan yu, antara rampasan lain termasuk 2.2 tan produk makanan bernilai tinggi seperti sarang burung, perut ikan yang dikeringkan dan abalon yang bernilai HK$74 juta (RM40 juta).
Selain itu, 6.8 tan limau bali Taiwan bernilai HK$370,000 (RM199,000) dan cerut buatan Cuba seberat 10 kilogram bernilai HK$400,000 (RM215,000) dirampas.
“Kami turut merampas kira-kira 11,000 produk berjenama mewah dan kosmetik dianggarkan bernilai HK$19 juta (RM10 juta) serta barangan elektronik seperti telefon bimbit dan tablet bernilai HK$6.4 juta (RM3.4 juta).
“Barangan jenama mewah lain adalah 60 jam tangan dan 370 beg serta dompet, antaranya adalah jam jenama Jaguar bernilai HK$340,000 (RM183,000).
“Selain itu, kami juga merampas puluhan spesis tumbuhan terancam, kebanyakannya kaktus yang dibawa dari Mexico serta 362 tan flora dan fauna terancam termasuk ginseng, ikan ibu gelama dan kayu cendana merah,” katanya.
Tambah beliau, Kastam Hong Kong berjaya mematahkan 207 kes penyeludupan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, peningkatan hampir 60 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Kata Mark, semua produk berkenaan dipercaya disimpan di sebuah gudang dekat Lung Kwu Tan Road di Tuen Mu sebelum diseludup ke tanah besar China menggunakan bot laju. – AGENSI
Kastam Hong Kong lakukan rampasan bernilai RM290 juta
Disyorkan Untuk Anda :
- MASA PARLIMEN DI GANTUNG ADA KEPERLUAN 2 TIMBALAN SPEAKER, MASA PARLIMEN BERSIDANG TAK ADA KEPERLUAN!!!
- IDRIS ‘TROJAN HORSE’ UMNO SUDAH MULA MENYUSUP DALAM PH
- PH MELAKA NAFIKAN KENYATAAN NORHIZAM 15 ADUN AKAN MENGADAP AGONG
- PRESIDEN UMNO: NO PPBM, NO DAP, NO PKR DALAM PRN MELAKA
Lawati Laman Facebook Kami
http://edisisiasat.com/2021/10/08/beri-peluang-jangan-cepat-hukum/