PEMINAT PUJI CANTIK BERGAUN MERAH – KAMAL ADLI & UQASHA NIKAH MINGGU INI?

PEMINAT PUJI CANTIK BERGAUN MERAH – KAMAL ADLI & UQASHA NIKAH MINGGU INI?

Pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose sejak beberapa hari lalu dikhabarkan bakal bernikah tidak lama lagi. Lebih menguatkan lagi desas-desus berkenaan apabila Kamal dilihat mengambil ukuran baju bersama dua jenama pakaian popular.

Manakala Uqasha pula, dia menganjurkan majlis bridal shower (meraikan bakal pengantin) di sebuah restoran bersama adik-beradik dan sepupunya baru-baru ini.

Terkini, Uqasha dilihat sekali lagi tampil dalam satu majlis bridal shower bertemakan gaya Sepanyol di sebuah kediaman di ibu negara dan kelihatan anggun mengenakan busana gaun kembang dan beropol berwarna merah.





Lebih menjadi perhatian, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, turut bergambar di sebuah pelamin mini yang direka khas untuk majlis tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meneka majlis perkahwinan Uqasha dan Kamal bakal berlangsung minggu ini. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada pengumuman rasmi daripada Kamal mahupun Uqasha mengenai tarikh hari bahagia mereka.

Terdahulu, pasangan tersebut yang melangsungkan pertunangan pada April lalu bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh majlis pernikahan mereka.





PEMINAT PUJI CANTIK BERGAUN MERAH – KAMAL ADLI & UQASHA NIKAH MINGGU INI?


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/08/mohon-doakan-saya-kembali-sihat-diganggu-ketika-live-vida-kena-buatan-orang/

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker