UK batal sekatan perjalanan dari 47 negara

UK batal sekatan perjalanan dari 47 negara

UK batal sekatan perjalanan dari 47 negara

LONDON: Kerajaan United Kingdom (UK) semalam mengumumkan pengurangan dramatik dalam ‘senarai merah’ bagi perjalanan COVID-19, dengan membatalkan larangan untuk warga asing mengembara ke England dari 47 negara.

Bawah peraturan baharu yang akan berkuat kuasa mulai jam 3 pagi waktu GMT, Isnin depan, hanya tujuh negara masih kekal dalam sekatan terbabit.

Tujuh negara itu ialah Colombia, Republik Dominican, Ecuador, Haiti, Panama, Peru dan Venezuela.





Dengan 47 negara dan wilayah dikeluarkan daripada ‘senarai merah’ itu, termasuk Brazil, Mexico serta Afrika Selatan, maka pengembara terbabit tidak lagi dikehendaki menjalani kuarantin di hotel.

Setiausaha Pengangkutan UK, Grant Shapps, berkata langkah itu dapat dilaksanakan berikutan ‘peningkatan usaha vaksinasi di seluruh dunia.’

Kerajaan turut mengumumkan kebenaran untuk ketibaan kembali pengembara yang sudah divaksin, diperluaskan kepada 37 negara dan wilayah lagi, termasuk India dan Turki.

Ia bermakna individu lengkap vaksinasi yang memasuki England dari 37 lokasi terbabit, akan dikecualikan daripada kuarantin, ujian COVID-19 prapelepasan dan saringan pascaketibaan.

Warga Britain dan Ireland serta mereka yang tinggal di UK, dibenarkan pulang dari negara dalam ‘senarai merah’ itu tetapi wajib menjalani kuarantin di hotel selama 10 hari sebaik saja tiba.





Kerajaan UK di London menetapkan dasar kesihatan dan pengangkutan untuk England sahaja.

Parlimen di Scotland, Wales serta Ireland Utara pula menetapkan dasar perjalanan COVID-19 bagi wilayah masing-masing.

Bagaimanapun, mereka telah mengikut kebanyakan perubahan peraturan untuk England sebelum ini. – AFP

UK batal sekatan perjalanan dari 47 negara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker