17 nelayan Vietnam didenda RM3.7 juta

17 nelayan Vietnam didenda RM3.7 juta
CHUKAI: Dua tekong dan 15 nelayan warga Vietnam dikenakan denda RM3.7 juta selepas mengaku bersalah menceroboh dan merompak hasil laut negara.
Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid, berkata semua mereka berusia antara 17 hingga 42 tahun membuat pengakuan itu selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kemaman, kelmarin.
Beliau berkata, semua nelayan asing itu ditahan dalam dua siri tangkapan yang dilakukan pada 3 Ogos lalu.
“Kedua-dua tekong bot berkenaan masing-masing didenda RM300,000 setiap seorang di bawah Seksyen 16(3) Akta Perikanan 1985 kerana gagal memaklumkan pegawai berkuasa melalui radio, rangkaian teleks atau faksimili mengenai nama, bendera, lokasi, destinasi dan keadaan vesel terbabit memasuki perairan Malaysia.
“Kedua-dua tekong itu masing-masing turut didenda RM200,000 seorang atas kesalahan menangkap ikan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan,” katanya.
Beliau berkata, kedua-dua mereka juga berdepan hukuman penjara selama lapan dan lima bulan jika gagal menjelaskan kedua-dua denda berkenaan.
“Tangkapan pertama membabitkan tiga nelayan Vietnam, manakala tangkapan kedua seramai 12 nelayan dengan masing-masing didenda RM200,000 setiap seorang.
“Mereka juga berdepan hukuman lima bulan penjara jika gagal membayar denda atas kesalahan seksyen yang sama kerana cuba atau menangkap ikan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan,” katanya.
Rashidilhadi berkata, pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd Hakim.
“Mahkamah turut mengarahkan kedua-dua bot nelayan serta peralatan tangkapan ikan milik warga Vietnam itu dilucut hak kepada kerajaan Malaysia,” katanya.
17 nelayan Vietnam didenda RM3.7 juta
Disyorkan Untuk Anda :
- MASA PARLIMEN DI GANTUNG ADA KEPERLUAN 2 TIMBALAN SPEAKER, MASA PARLIMEN BERSIDANG TAK ADA KEPERLUAN!!!
- IDRIS ‘TROJAN HORSE’ UMNO SUDAH MULA MENYUSUP DALAM PH
- PH MELAKA NAFIKAN KENYATAAN NORHIZAM 15 ADUN AKAN MENGADAP AGONG
- PRESIDEN UMNO: NO PPBM, NO DAP, NO PKR DALAM PRN MELAKA
Lawati Laman Facebook Kami
http://edisisiasat.com/2021/10/09/polis-siasat-punca-bau-minyak-tanah/