50 terkorban, lebih 90 cedera akibat letupan di Afghanistan

50 terkorban, lebih 90 cedera akibat letupan di Afghanistan
Orang ramai membawa mangsa letupan bom di sebuah masjid di Kunduz, Afghanistan ke ambulans. – Foto AFP

50 terkorban, lebih 90 cedera akibat letupan di Afghanistan

KABUL: Sekurang-kurangnya 50 mangsa terkorban dan lebih 90 cedera akibat letupan besar di sebuah masjid golongan Syiah di bandar Kunduz, utara Afghanistan.

Seorang doktor di Hospital Pusat Kunduz, yang enggan dikenali, berkata pihaknya sudah menerima 35 mayat dan merawat lebih 50 mangsa yang cedera.

Sebuah lagi hospital dikendalikan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) melaporkan menerima sekurang-kurangnya 15 mayat mangsa tragedi itu.

Ketua jurucakap Taliban, Zabihullah Muhajid, berkata letupan berlaku pada waktu petang tadi di sebuah masjid Syiah di daerah Khan Abad, Bandar iaitu ibu kota wilayah Kunduz.





Penduduk di Kunduz menyatakan letupan berlaku ketika jemaah menunaikan solat Jumaat, difahamkan dilakukan pengebom berani mati.

Gambar memaparkan tragedi itu tersebar di media sosial, namun tidak dapat disahkan sama ada gambar menunjukkan beberapa mayat terbaring itu diambil di lokasi sebenar.

Video lain menunjukkan lelaki mengarahkan orang ramai termasuk wanita dan kanak-kanak, supaya menjauhi dari tempat kejadian.

Menurut sumber, seorang pekerja kumpulan bantuan antarabangsa juga antara yang cedera. – AFP

50 terkorban, lebih 90 cedera akibat letupan di Afghanistan


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






http://edisisiasat.com/2021/10/09/skuad-uber-negara-mampu-pergi-jauh-di-denmark/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker