Bangladesh sasar pindah 80,000 Rohingya ke Bhashan Char

Pelarian Rohingya pulang selepas mendapatkan bekalan bantuan di kem pelarian dekat Kutupalong di Ukhia, Bangladesh. – Foto AFP

Bangladesh sasar pindah 80,000 Rohingya ke Bhashan Char

COX BAZAR: Bangladesh ingin menghantar lebih 80,000 pelarian Rohingya ke penempatan khusus bagi mereka di sebuah pulau terpencil di Teluk Benggala.

Keputusan itu dibuat selepas memeterai perjanjian dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang bersetuju untuk memberikan bantuan.

Pesuruhjaya Pelarian Bangladesh, Shah Rezwan Hayat, berkata puluhan ribu lagi akan dihantar selepas ribut monsun yang melanda Teluk Benggala berakhir pada November ini.

“Kami menyasarkan pemindahan 81,000 pelarian Rohingya ke pulau Bhashan Char pada akhir Februari bagi memenuhi kuota 100,000 orang.





“Berada di Bhashan Char, mereka akan dilayan sama rata, sesuai dengan hak kemanusiaan yang diberikan kepada pelarian di kem Cox’s Bazar.

“Malah, ada peluang yang lebih besar bagi Rohingya untuk bekerja di pulau itu daripada berada di kem dengan dikawal ketat,” katanya.

Bangladesh dipuji kerana menerima pelarian terbabit dan berjaya menempatkan mereka dalam satu kawasan kekal.


​Disyorkan Untuk Anda :


Namun, ada kumpulan pelarian Rohingya yang mendakwa mereka dipaksa ke pulau yang terletak 60 kilometer dari tanah besar Bangladesh itu.

Pada masa sama, ratusan pelarian Rohingya dilaporkan cuba lari dari pulau itu tetapi ditahan semula di pulau atau perkampungan pesisir lain manakala puluhan maut ketika cuba lari menggunakan bot.





Keadaan itu menyebabkan PBB ragu mengenai penempatan terbabit tetapi perjanjian sudah dipersetujui untuk membolehkan PBB berperanan memberikan bantuan kemanusiaan dan memantau keadaan di pulau itu.

Menurut jurucakap UNHCR iaitu agensi pelarian PBB, pihaknya akan mengesahkan bahawa PBB menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan untuk melindungi pelarian Rohingya di Bhashan Char.

Bagaimanapun, aktivis Asia Selatan, Saad Hammadi, berkata beberapa pelarian mati lemas atau ditangkap, ditahan atau dipaksa kembali ke pulau itu.

“Bangladesh, PBB dan negara penderma harus mengembangkan dasar menghormati hak dan memastikan penyertaan pelarian Rohingya dalam keputusan yang mempengaruhi kehidupan mereka,” katanya. – AFP

Bangladesh sasar pindah 80,000 Rohingya ke Bhashan Char


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






http://edisisiasat.com/2021/10/09/jokowi-berusaha-raih-sokongan-di-papua/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker