ELYANA ‘WARNING’ EJEN INSURANS JANGAN AMBIL KESEMPATAN

ELYANA ‘WARNING’ EJEN INSURANS JANGAN AMBIL KESEMPATAN

“Saya tidak izinkan sama sekali. Anda semua seperti tiada perasaan,” kata penyanyi Elyana yang mengingatkan mana-mana ejen insurans supaya tidak mengambil kesempatan di atas kesulitan yang dihadapinya dengan menggunakan video dan gambarnya untuk sebarang tujuan tanpa meminta izin..

Sementara itu, menerusi laman Instagram, Elyana memaklumkan dia kini berada di hospital untuk memulakan sesi kedua kemoterapi: “Hari ni warded untuk 2nd Chemotherapy… Bismillahirrahmanirrahim,” tulisnya.





Sebelum ini, penyanyi lagu ‘Kalis Rindu’ itu mendedahkan dia dicadangkan doktor untuk menggunakan satu ubat khas dalam sesi kedua rawatan kimoterapi. Ubat khas tersebut dilaporkan mencecah harga RM50,000 untuk satu rawatan. Ubat berkenaan digunakan untuk lima kali rawatan dimana keseluruhan berjumlah RM250,000.

Menurut Elyana, dia sebenarnya segan untuk meminta-minta bantuan daripada orang ramai atas kesakitan yang dihidapinya akibat kanser limfoma sejak sekian lama.

Elyana sangat terharu dan berbesar hati dengan usaha sesetengah pihak menghulurkan sumbangan selepas media menyiarkan berita mengenai kos rawatan itu.

Terdahulu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal mendedahkan sel kanser limfoma yang dihidapinya sejak sepuluh tahun lalu telah menyerang beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan juga pangkal paha.





ELYANA ‘WARNING’ EJEN INSURANS JANGAN AMBIL KESEMPATAN


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


http://edisisiasat.com/2021/10/09/fauzi-dikecam-didakwa-acah-acah-penting-hiburkan-peminat/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker